Apa Itu Permohonan, Perubahan & Pemantauan Sistem (3Ps)?
- Merupakan satu aplikasi sistem yang dibangunkan bertujuan untuk memudahkan proses permohonan baharu dan perubahan sistem ICT JKR dapat dilakukan secara online oleh pengguna serta pemilik sistem JKR.
- Ia merupakan satu inisiatif baharu Bahagian Teknologi Maklumat, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) JKR bagi memodenkan proses berkenaan melalui satu gerbang perkhidmatan yang mana kini kian meningkat permintaannya.
- Melalui sistem aplikasi ini, anda sebagai pengguna dan pemilik sistem dapat membuat permohonan, menyemak maklumat status permohonan dan memberikan maklumbalas secara terus melalui aplikasi dan notifikasi email tanpa menggunakan kaedah manual.
- Keupayaan inbox & dashboard tugasan membantu pengguna sistem untuk semakan, memberikan maklumbalas & membuat perancangan bagi tugasan yang diagihkan.
- Disamping itu, terdapat keupayaan janaan laporan dapat memberikan maklumat terkini statistik permohonan mengikut status dan kategori bagi memudahkan pemantauan mahupun pelaporan.
- Selain itu, aplikasi ini dilengkapi dengan keupayaan untuk membolehkan pemohon/pemilik sistem membuat penilaian & pengesahan siap bagi sesuatu tugasan yang telah disiapkan disamping dapat mengukur tahap kepuasan serta sebagai input bagi memperbaiki mutu perkhidmatan BTM pada masa akan datang.
Keupayaan Sistem 3Ps
Permohonan Online | Semakan dan Maklumbalas Online | Kemudahan Carian Online | |||
Konsep Inbox | Keupayaan penugasan | Dashboard & pelaporan | |||
Notifikasi email | Rekod permohonan terjamin | Penilaian & pengesahan siap online |
CARTA ALIR 3Ps
PERTANYAAN |
---|
UNIT SISTEM APLIKASI, BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, CAWANGAN DASAR & PENGURUSAN KORPORAT, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur. T 603 26102188 F 603 26948477 E helpdesk.jkr@1govuc.gov.my |